Buat sahabat yang pernah aku kenali - written on 18th February 2002
Sahabat...
Engkau yang pernah aku kenal dulu
Kini hampir tidak aku kenali
Engkau yang dulu kurasakan hampir denganku
Kini kurasakan semakin jauh
Terlalu jauh...sehingga tak tercapai tanganku
Sahabat...
Engkau yang pernah aku kenal dulu
Kini bukan lagi dirimu
Apakah cuma aku yang merasakan
Perubahan yang ketara padamu
Atau apakah sebenarnya
Diriku yang telah berubah
Sehinggakan kau nampak lain di mataku
Sahabat...
Aku yang kau kenal dulu
Masih tetap tidak berubah
Biarpun hari demi hari datang dan pergi
Sahabat...
Dunia kita mungkin berbeza
Namun hakikatnya
Kita punya hala tuju yang sama
Cuma kita punya berlainan cara
Aku dengan caraku
Engkau pula dengan caramu
Namun jangan kau jadikan
Perbezaan cara kita
Sebagai batu penghalang
Dan sebagai alat pemisah
Antara kau dan aku
Biarlah aku dengan caraku
Dan takkan kuhalang
Engkau mengikut caramu
Kerana biar apa pun cara kita
Aku masih menganggap engkau sahabat
Sahabatku...
Jadilah sahabat yang pernah aku kenal dulu
kerana engkau yang aku kenal kini
Terlalu sukar kudekati
Sehingga aku merasakan
Yang diri ini terlalu asing di matamu
Sahabat...
Andai aku masih kau anggap teman
Andai aku masih kau anggap rakan
Andai aku masih kau anggap kawan
Dan andai aku masih kau anggap sahabat
Berilah peluang untuk aku
Mendapatkan seorang sahabat
Sahabat yang pernah aku kenal dulu
notakaki: ditaip mengikut salinan asal walaupun hati rasa geram hendak mengubahnya
Engkau yang pernah aku kenal dulu
Kini hampir tidak aku kenali
Engkau yang dulu kurasakan hampir denganku
Kini kurasakan semakin jauh
Terlalu jauh...sehingga tak tercapai tanganku
Sahabat...
Engkau yang pernah aku kenal dulu
Kini bukan lagi dirimu
Apakah cuma aku yang merasakan
Perubahan yang ketara padamu
Atau apakah sebenarnya
Diriku yang telah berubah
Sehinggakan kau nampak lain di mataku
Sahabat...
Aku yang kau kenal dulu
Masih tetap tidak berubah
Biarpun hari demi hari datang dan pergi
Sahabat...
Dunia kita mungkin berbeza
Namun hakikatnya
Kita punya hala tuju yang sama
Cuma kita punya berlainan cara
Aku dengan caraku
Engkau pula dengan caramu
Namun jangan kau jadikan
Perbezaan cara kita
Sebagai batu penghalang
Dan sebagai alat pemisah
Antara kau dan aku
Biarlah aku dengan caraku
Dan takkan kuhalang
Engkau mengikut caramu
Kerana biar apa pun cara kita
Aku masih menganggap engkau sahabat
Sahabatku...
Jadilah sahabat yang pernah aku kenal dulu
kerana engkau yang aku kenal kini
Terlalu sukar kudekati
Sehingga aku merasakan
Yang diri ini terlalu asing di matamu
Sahabat...
Andai aku masih kau anggap teman
Andai aku masih kau anggap rakan
Andai aku masih kau anggap kawan
Dan andai aku masih kau anggap sahabat
Berilah peluang untuk aku
Mendapatkan seorang sahabat
Sahabat yang pernah aku kenal dulu
notakaki: ditaip mengikut salinan asal walaupun hati rasa geram hendak mengubahnya
Ulasan
Catat Ulasan