Buat sahabat yang pernah aku kenali - written on 18th February 2002
Sahabat... Engkau yang pernah aku kenal dulu Kini hampir tidak aku kenali Engkau yang dulu kurasakan hampir denganku Kini kurasakan semakin jauh Terlalu jauh...sehingga tak tercapai tanganku Sahabat... Engkau yang pernah aku kenal dulu Kini bukan lagi dirimu Apakah cuma aku yang merasakan Perubahan yang ketara padamu Atau apakah sebenarnya Diriku yang telah berubah Sehinggakan kau nampak lain di mataku Sahabat... Aku yang kau kenal dulu Masih tetap tidak berubah Biarpun hari demi hari datang dan pergi Sahabat... Dunia kita mungkin berbeza Namun hakikatnya Kita punya hala tuju yang sama Cuma kita punya berlainan cara Aku dengan caraku Engkau pula dengan caramu Namun jangan kau jadikan Perbezaan cara kita Sebagai batu penghalang Dan sebagai alat pemisah Antara kau dan aku Biarlah aku dengan caraku Dan takkan kuhalang Engkau mengikut caramu Kerana biar apa pun cara kita Aku masih menganggap engkau sahabat Sahabatku... Jadilah sahabat yang pernah a...