Catatan

Kosong

Kosong Kukira hidupku kosong Yang nyata sebenarnya aku lupa Aku ada Tuhan Maka aku ada segala-galanya Kosong Kukira hidupku kosong Yang nyata sebenarnya aku lalai Lalai mengingat Tuhan Hingga hatiku terasa sepi Kosong Kukira hidupku kosong Yang nyata sebenarnya aku kufur Akan nikmat kurnian-Nya Hingga aku sering merasa kurang Kosong Kukira hidupku kosong Yang nyata sebenarnya aku sombong Dengan apa yang aku punya Hingga aku tidak sedar Betapa besarnya kasih Tuhan kepadaku Betapa besar rahmat Tuhan untukku Ampunkan aku ya Allah Kerana sering melupakanMu.

Buat sahabat yang pernah aku kenali - written on 18th February 2002

Sahabat... Engkau yang pernah aku kenal dulu Kini hampir tidak aku kenali Engkau yang dulu kurasakan hampir denganku Kini kurasakan semakin jauh Terlalu jauh...sehingga tak tercapai tanganku Sahabat... Engkau yang pernah aku kenal dulu Kini bukan lagi dirimu Apakah cuma aku yang merasakan Perubahan yang ketara padamu Atau apakah sebenarnya Diriku yang telah berubah Sehinggakan kau nampak lain di mataku Sahabat... Aku yang kau kenal dulu Masih tetap tidak berubah Biarpun hari demi hari datang dan pergi Sahabat... Dunia kita mungkin berbeza Namun hakikatnya Kita punya hala tuju yang sama Cuma kita punya berlainan cara Aku dengan caraku Engkau pula dengan caramu Namun jangan kau jadikan Perbezaan cara kita Sebagai batu penghalang Dan sebagai alat pemisah Antara kau dan aku Biarlah aku dengan caraku Dan takkan kuhalang Engkau mengikut caramu Kerana biar apa pun cara kita Aku masih menganggap engkau sahabat Sahabatku... Jadilah sahabat yang pernah a...

My Long Lost Passion

Writing used to be my passion. i started writing since i was a primary school kid. i didn't really care if i'm good enough or not. the only thing i knew was i really love writing. as times went by, i lost track of my passion. i didn't know why. i just stop writing. i hope it is never too late to continue pursuing my passion...

Sendiri lagi...

Walaupun bukan baru sekali sahaja ditinggal sendiri, namun masih ada rasa tak biasa itu muncul. Itu memang normal selagi kita bernama manusia biasa. Syukur ada Allah menemani.

Sendiri...

Bila ditinggalkan sendiri, rasa sunyi, bosan, sedih. Aku yang masih muda ni pun rasa macam ni. Macammana agaknya perasaan mak bila anak-anaknya tinggal berjauhan mencari rezeki. Mesti ada rasa sedih walaupun Redha demi kebaikan anak-anak. Hmmm...

Ramadhan...aku menunggu kedatanganmu

Ramadhan bakal tiba lagi (Insha Allah)... Ya Allah, Kau berikanlah aku kesempatan untuk menemui Ramadhan tahun ini, Berikanlan aku hidayah dan bukakanlah pintu hatiku untuk beribadat dan berbuat amal soleh sebagai bekalku di padang mahsyar nanti. Tutupkanlah hatiku dan jauhkanlah aku daripada kejahatan, maksiat dan amalan mungkar yang Kau benci. Sesungguhnya aku takut akan mendapat murkaMu. Sesungguhnya aku hanya hambaMu yang lemah dan hina. Dan sesungguhnya hanya Engkaulah Maha pengampun.