Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Sendiri...

Bila ditinggalkan sendiri, rasa sunyi, bosan, sedih. Aku yang masih muda ni pun rasa macam ni. Macammana agaknya perasaan mak bila anak-anaknya tinggal berjauhan mencari rezeki. Mesti ada rasa sedih walaupun Redha demi kebaikan anak-anak. Hmmm...

Ramadhan...aku menunggu kedatanganmu

Ramadhan bakal tiba lagi (Insha Allah)... Ya Allah, Kau berikanlah aku kesempatan untuk menemui Ramadhan tahun ini, Berikanlan aku hidayah dan bukakanlah pintu hatiku untuk beribadat dan berbuat amal soleh sebagai bekalku di padang mahsyar nanti. Tutupkanlah hatiku dan jauhkanlah aku daripada kejahatan, maksiat dan amalan mungkar yang Kau benci. Sesungguhnya aku takut akan mendapat murkaMu. Sesungguhnya aku hanya hambaMu yang lemah dan hina. Dan sesungguhnya hanya Engkaulah Maha pengampun.